top of page
21.png

Yok Meneroka

Logo Yok BP Cruise

1

Jeti Anjung Shahbandar

Jeti Anjung Shahbandar kini menjadi satu daya tarikan kepada pelancong kerana ia merupakan River Cruise pertama di Batu Pahat, yang telah beroperasi sejak 11 Oktober 2024 dan dirasmikan oleh Tuan Hj. Zainor bin Adiani pada 16 September 2024.

Logo Yok BP Cruise

2

Jambatan Tun Abdul Razak

Jambatan Tun Abdul Razak telah dirasmikan oleh allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1 Julai 1967. Kini, jambatan ini menjadi infrastruktur penting bagi pengangkutan untuk merentangi Sungai Batu Pahat.

Logo Yok BP Cruise

3

Pelabuhan Barter Trade

Pelabuhan Barter Trade merupakan pintu masuk utama maritim dan terletak di sepanjang Selat Melaka, pelabuhan ini memainkan peranan penting dalam perdagangan serantau dan antarabangsa.

Logo Yok BP Cruise

4

Bangunan Rumah Kelab Jepun

Bangunan Rumah Kelab Jepun di Batu Pahat adalah sebuah mercu tanda yang penuh dengan nilai sejarah, berasal dari zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.

Logo Yok BP Cruise

5

Jeti Penambang

Jeti Penambang adalah sebuah jeti bersejarah yang terletak di sepanjang Sungai Batu Pahat. Dahulu, ia merupakan tempat perlabuhan utama bagi nelayan dan peniaga untuk mengangkut barang mereka ke pasar berdekatan.

Logo Yok BP Cruise

6

Tokong Si Hai Long Wang

Tokong Si Hai Long Wang ialah sebuah kuil yang dihormati, didedikasikan untuk Raja Naga Laut, dewa yang dipercayai melindungi nelayan dan pelaut. Kuil ini dibina dengan seni bina kuil yang rumit, dihiasi dengan motif tradisional Cina.

Logo Yok BP Cruise

7

Kampung Peserai Pantai

Kampung Peserai Pantai merupakan sebuah perkampungan penduduk tempatan yang mempunyai hubungan mendalam dengan perikanan dan warisan pertanian yang terletak berhampiran dengan Sungai Batu Pahat.

Logo Yok BP Cruise

8

Jeti Jabatan Perikanan

Jeti Jabatan Perikanan terletak berhampiran muara Sungai Batu Pahat dan menjadi lokasi penting bagi aktiviti perikanan tempatan. Jeti ini sering digunakan oleh nelayan.

Logo Yok BP Cruise

9

Zon Paya Bakau

Zon Paya Bakau merupakan kawasan ekologi penting yang mempamerkan kekayaan biodiversiti ekosistem bakau di Malaysia.


Logo Yok BP Cruise

10

Kampung Nelayan Segenting

Kampung Nelayan Segenting terletak berhampiran Pantai Minyak Beku di Batu Pahat, Johor. Ia merupakan perkampungan nelayan tradisional yang terkenal dengan suasana tenang, pemandangan laut yang indah serta jeti kayu ikonik dikenali sebagai Lover’s Bridge.

Logo Yok BP Cruise

11

Habitat Burung Migrasi

Terdapat habitat burung-burung yang berhijrah mengembara antara kawasan yang berbeza semasa penghijrahan bermusim mereka.


Logo Yok BP Cruise

12

Habitat Reptilia Buaya

Habitat Reptilia Buaya di Sungai Batu Pahat menjadi lokasi semula jadi bagi spesies buaya air masin yang sering dilihat berjemur di tebing sungai. Kawasan ini penting sebagai ekosistem semula jadi bagi reptilia tersebut.

Logo Yok BP Cruise

13

Jeti & Bot Kastam Batu Pahat

Jeti Kastam Batu Pahat terletak di Jalan Shahbandar, Johor, berperanan penting dalam pengurusan import dan eksport melalui laluan laut. Ia berfungsi sebagai pusat pemeriksaan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Logo Yok BP Cruise

14

Jeti & Bot Maritim Batu Pahat

Jeti & Bot Maritim Batu Pahat, Johor berfungsi sebagai pusat operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat. Jeti ini memainkan peranan dalam rondaan keselamatan maritim, dan operasi menyelamat di perairan sekitar Batu Pahat.

Logo Yok BP Cruise

15

Gunung Banang

Gunung Banang ialah sebuah bukit kecil dengan ketinggian kira-kira 430 meter, menjadikannya tempat yang popular untuk trekking ringan dan mendaki. Di puncak Gunung Banang, pengunjung dihadiahkan dengan pemandangan panorama bandar Batu Pahat.

Logo Yok BP Cruise

16

Jeti Nelayan Kampung Muhibbah

Jeti Nelayan Kampung Muhibbah berperanan penting sebagai pusat aktiviti perikanan tempatan. Ia menjadi lokasi utama bagi nelayan untuk berlabuh dan memunggah hasil tangkapan laut, serta menyokong ekonomi komuniti setempat.

Logo Yok BP Cruise

17

Pelabuhan Kuari

Pelabuhan Kuari berperanan sebagai pusat pemunggahan dan pengangkutan bahan kuari seperti batu dan agregat yang digunakan dalam projek pembinaan dan infrastruktur. Kawasan pelabuhan ini menarik pengunjung sebagai lokasi fotografi yang unik dan pemandangan maritim yang menarik.

Logo Yok BP Cruise

18

Pelabuhan Kelapa

Pelabuhan Kelapa di Batu Pahat memainkan peranan penting dalam pengimportan kelapa dari Indonesia. Setiap hari, pelabuhan ini menerima lebih 200,000 kilogram kelapa, menjadikannya salah satu pintu masuk utama bekalan kelapa negara.

Logo Yok BP Cruise

19

Kawasan Muara

Muara Sungai Batu Pahat terletak di Pantai Minyak Beku, Johor, dan merupakan titik pertemuan Sungai Simpang Kiri dan Simpang Kanan. Muara ini juga menjadi habitat semula jadi bagi buaya tembaga, menambah nilai ekologi kawasan tersebut.

Logo Yok BP Cruise

20

Terminal Feri Minyak Beku

Terminal Feri Minyak Beku merupakan pintu masuk ke Selat Panjang di Sumatera. Terletak kira-kira 1 km sebelum Pantai Minyak Beku, terminal ini menawarkan perkhidmatan feri yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk menyeberangi Selat Melaka.

Logo Yok BP Cruise

21

Pantai Minyak Beku

Nama "Minyak Beku" berasal dari legenda tempatan tentang pelayar purba yang menggerudi ke dalam batu untuk mencari air tawar tetapi sebaliknya menemui minyak.

Logo Yok BP Cruise

22

Pulau Sialu

Pulau Sialu ialah sebuah pulau kecil berbatu yang terletak di luar pesisir Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Pulau ini pernah menjadi penempatan komuniti Orang Asli Duano selama berabad-abad.

bottom of page